fbpx

Lebih 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan sebahagian bakal jemaah haji gagal terbang ke Tanah Suci ekoran tidak mempunyai dokumen perjalanan lengkap malam tadi

SEPANG- Hasrat lebih 380 jemaah haji untuk menunaikan Rukun Islam kelima di Tanah Suci dilihat tidak kesampaian apabila mereka terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi berikutan dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Difahamkan, kesemua bakal jemaah itu yang datang daripada seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak gagal berlepas ke Tanah Suci selepas tidak mempunyai dokumen perjalanan lengkap seperti visa dan passport.

Kesemua mereka yang berkumpul di Aras 5 Balai Kelepesan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan ibadah itu dan tidak melalui Tabung Haji (TH).

Ketika ini, sebahagian jemaah telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan sedang menantikan tindakan seterusnya daripada pihak berkuasa.

Berita lanjut menyusul. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN