fbpx

‘Robin Hood’ pakai seluar dalam rompak kedai telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jeh-isma-ae Hama telah ditahan dalam keadaan separuh bogel ketika cuba melarikan diri dari lokasi kejadian. – Daily Star

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand telah merompak sembilan buah kedai dengan memakai seluar dalam putih dan memberikan hasil rompakan kepada gelandangan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Jeh-isma-ae Hama, 23, ditahan setelah mencuri di seluruh Thailand dengan gaya wira legenda, Robin Hood. 

Dia akan menyelinap masuk ke pelbagai cawangan kedai teknologi maklumat Banana pada waktu malam dan melakukan rompakan dengan hanya memakai seluar dalam.

Hama dilaporkan telah mencuri sekitar 128 barangan terutamanya telefon bimbit yang kesemuanya bernilai sekitar 1.9 juta baht (RM232,958).

Dia memecah masuk sebuah kedai pada 3 Jun lalu sebelum diberkas di sebuah rumah sewa di daerah Bang Kapi, Bangkok.

Lelaki itu mengaku kepada polis bahawa dia hanya mencuri dari kedai Banana IT kerana sukakan pisang, lapor akhbar Bangkok Post.

Dia akan menceroboh masuk ke dalam kedai dalam keadaan separa bogel kerana tindakan itu meningkatkan keyakinannya.

Hama mengaku bersalah atas jenayahnya. Dia dipercayai melakukan aktiviti pecah rumah pada 27 Januari 2021 dan sekali lagi pada 9 Januari tahun ini.

Hama menghulurkan telefon dan wang yang dicuri kepada golongan gelandangan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI