fbpx

Permohonan online bantuan RM500 warga emas palsu – K-KOMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JKM menafikan ada membuka permohonan secara online bagi mendapatkan bantuan RM500 untuk warga emas.

PUTRAJAYA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan pihaknya ada membuka permohonan secara online yang menawarkan bantuan sebanyak RM500 sebulan kepada semua warga emas bagi tahun 2022 seperti yang ditularkan di laman media sosial.

Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (K-KOMM) berkata, penafian tersebut dibuat selepas iklan mengenai tawaran bantuan itu mulai tular di platform media sosial sejak kebelakangan ini.

“JKM juga menyarankan agar orang ramai melayari laman portal rasmi jabatan tersebut di www.jkm.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai skim bantuan yang ditawarkan oleh mereka,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di laman-laman sosial media dan aplikasi perbualan mengenai tawaran permohonan secara online untuk mendapatkan bantuan sebanyak RM500 kepada warga emas yang menarik perhatian pengguna platform berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI