fbpx

Kim Jong-kook boleh jadi gila kalau tidak bersenam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM JONG-KOOK

MENGAKUI ketagih, selebriti terkenal Korea Selatan, Kim Jong-kook berasakan dia boleh menjadi gila atau tidak siuman seandainya tidak bersenam walaupun sehari.

Perkara tersebut didedahkan Jong-kook dalam satu temu bual sebuah program terbitan MBC iaitu The Manager baru-baru ini.

Katanya, sehingga kini dia masih melakukan rutin sukan tinju yang diamalkan sejak 15 tahun lalu, selain senaman selama dua jam setiap hari pada waktu pagi.

“Jeet Kune Do (seni mempertahankan diri) dan juga tinju sangat membantu dalam persembahan lakonan saya.

“Saya sangat ketagih bersenam. Jika saya tak dapat nak bersenam disebabkan perkara tertentu, saya boleh jadi gila dan tak senang duduk,” katanya.

Tambah anggota Running Man itu, walaupun umurnya sudah mencecah 46 tahun, namun perkara tersebut langsung tidak mendatangkan sebarang masalah buatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI