fbpx

Dua atlet triatlon mampu capai sasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XIAN HAO (kiri) dan Isaac dijangka mampu memperbaharui catatan peribadi terbaik mereka pada temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 hujung bulan ini. - OLYMPIC COUNCIL OF MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Ketua Kontinjen ke Sukan Komanwel Birmingham 2022, Datuk Shahrul Zaman Yahya yakin dua atlet triatlon negara mampu mencipta kejutan pada temasya yang akan berlangsung 28 Julai hingga 8 Ogos depan.

Skuad triatlon negara mempertaruhkan dua atlet, Chong Xian Hou dan Isaac Tan untuk memberikan aksi terbaik meskipun sedar bakal berdepan negara-negara kuasa besar daripada sukan berkenaan.

“Setiap peserta dalam sukan temasya apa pun mempunyai peluang. Kita tak tahu kerana apa juga boleh berlaku.

“Apa yang penting mereka sudah terpilih untuk masuk ke pertandingan (Sukan Komanwel). Kita doakan yang terbaik dan harap mereka buat sebaik mungkin,” kata Shahrul Zaman.

Dalam masa sama, Shahrul Zaman yang juga Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia, yakin dengan kemampuan Xian Hou dan Isaac untuk mencapai sasaran memperbaiki catatan peribadi baharu di Birmingham nanti.

“Saya nak mereka tingkatkan catatan peribadi mereka kerana kita bersaing dengan negara-negara yang sudah bertapak lama dalam sukan triatlon.

“Sebab itu kita tak letak sasaran yang tidak munasabah tetapi kita mahu mereka cuba perbaiki rekod peribadi sendiri,” jelasnya selepas melawat persediaan skuad triatlon negara di Stadium Mini Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini.

Ini adalah kali kedua Xian Hao di Sukan Komanwel selepas terdahulu meraih tempat ke-30 sewaktu edisi Gold Coast 2018, manakala Isaac pula bakal membuat debut pada temasya berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI