fbpx
Takiyuddin melawat mangsa kepala air dan banjir kilat di PPS SMK Jerai, Baling hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN

Banjir Baling: Gunung Inas bukan kawasan berisiko bencana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Tragedi kepala air di Kampung Iboi serta kawasan rekreasi Lata Celak dalam daerah Kupang di sini tidak dijangka kerana Gunung Inas bukan dalam senarai Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sebagai lokasi berisiko berlaku bencana alam.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia merupakan tragedi kepala air yang pertama berlaku di kawasan tersebut sehingga mengorbankan tiga nyawa serta menjejaskan ratusan rumah penduduk.

“Setakat ini ia tidak tersenarai (kawasan berisiko bencana alam) kerana hasil temu bual saya dengan penduduk di kawasan ini yang berusia 60 hingga 70 tahun, mereka beritahu ini insiden pertama seumpama ini berlaku di sini.

“Jadi, bayangkanlah 70 tahun tidak pernah berlaku. Bagi saya, ini adalah bencana alam,” katanya pada sidang akhbar di pusat media di Kampung Bendang Becah di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada terdapat kawasan yang dikhuatiri berlaku bencana, beliau memberitahu ada menerima maklumat berhubung perkara tersebut.

“Kita akan pastikan dan kaji dahulu yang mana kita akan beri perhatian kepada kawasan yang ada perumahan dan lokasi tumpuan awam seperti tempat perkelahan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN