fbpx

Siput Tanah Afrika Gergasi ‘serang’ bandar di Florida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siput ini berasal dari Afrika tetapi telah ditemui di kawasan di Florida - Getty Images

TALLAHASSEE, Florida – Kemunculan siput pembunuh yang memiliki saiz seekor tikus menimbulkan kebimbangkan kepada penduduk di sebuah bandar di Florida, lapor akhbar Daily Star UK kelmarin.

Spesies berasal dari Benua Afrika itu ditemui di sebuah kawasan di Florida, manakala pihak berkuasa mengeluarkan amaran bahaya kepada penduduk setempat. Ini kerana haiwan dikenali sebagai  Siput Tanah Gergsai Afrika itu merupakan pembawa cacing peparu. Parasit itu menyebabkan jangkitan meningitis yang mengancam nyawa manusia.

Pada 23 Jun lalu, Jabatan Pertanian dan Perkhidmatan Pengguna Florida (FDACS) me­ngumumkan bahawa spesies itu dikesan di kawasan bandar New Port Richey, Daerah Pasco.

Susulan penemuan itu, penduduk New Port Richey diarah untuk  menjalani prosedur kuarantin pada hari berikutnya.

Selain itu, penduduk dilarang daripada memindahkan tumbuhan, tanah, serpihan, sisa halaman, kompos dan bahan binaan yang terletak di luar zon ditetapkan.

“Siput Tanah Gergasi Afrika adalah salah satu siput yang paling banyak menyebabkan kemusnahan di dunia dan menyerang sekurang-kurangnya 500 jenis tumbuhan berbeza,” kata FDACS.

Spesies siput itu mendatangkan  kesan dahsyat ke atas sektor pertanian tempatan. Ia  menyebabkan kerosakan teruk kepada persekitaran tropika dan subtropika.

Spesies Siput Tanah Gergasi Afrika pertama kali ditemui di Florida pada 2011 dengan pihak berkuasa terpaksa membelanjakan AS$10.8 juta (RM47 juta) untuk menghapuskannya.

Siput itu  cepat membiak,  boleh menghasilkan kira-kira 1,200 telur setahun,  hidup sehingga usia sembilan tahun dan mencapai panjang 20 senti­meter.  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI