fbpx

Netizen tak percaya Karina kuat makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KARINA

AMALAN diet ekstrim sangat sinonim dengan selebriti Korea Selatan. Mereka perlu menjaga bentuk fizikal yang menjadi satu daripada kriteria kecantikan di negara tersebut.

Peminat bagaimanapun berasa tertipu dengan pengakuan ahli Aespa iaitu Karina yang mendedahkan tahap selera makannya sangat besar, tidak seperti mana-mana artis idola.

Dia boleh menghabiskan sebanyak tiga peket ramen jika sedang berselera.

“Saya boleh habiskan tiga peket ramen pedas seorang diri. Mula-mula saya makan dua peket dan tambah lagi satu peket,” dedahnya.

Pengakuan Karina mencetuskan perdebatan netizen. Dakwa mereka, itu hanyalah skrip ‘penipuan’untuk mengaburi mata orang ramai.

“Ini cuma nak menjaga imej dia. Tak mungkin agensi benarkan dia makan tiga peket ramen. Mungkin dia makan tiga peket dalam masa setahun,” kata seorang netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI