fbpx

Menari dengan anjing, Baby Shima nafi persenda agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Baby Shima yang menari sambil bersama seekor anjing disifatkan netizen sebagai perbuatan lapar perhatian dan tidak sensitif terhadap agama.

PETALING JAYA – Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima menafikan dakwaan netizen yang menyifatkan dirinya sengaja mempersenda agama selain lapar perhatian apabila sanggup mencipta ‘content’ bersama haiwan yang haram hukumnya dalam Islam.

Shima atau nama sebenarnya Nur Ashima Ramli berkata, terpulang kepada mana-mana pihak untuk melabelkannya dengan apa sahaja gelaran asalkan apa yang dilakukan dirinya tidak melanggar batas sebagai seorang wanita Islam.

“Terpulanglah apa mereka nak kata. Saya cuma menari bersama anjing, bukan saya buat apa yang haram pun. Dalam video tersebut pun saya tak ada sentuh anjing itu.

“Saya masih tahu batas sebagai seorang Muslim. Nak kata saya lapar perhatian ke, sendu sampai tak ada idea atau gila content ke, terpulang kepada pandangan masing-masing,” katanya kepada Kosmo! Online.

Terdahulu, ruangan komen TikTok dan Instagram pelantun lagu Lalai itu diserang netizen yang menyifatkan dirinya langsung tidak mempunyai sensitiviti serta seakan-akan sengaja mempersendakan agama Islam.

Menerusi video berdurasi 10 saat itu, Shima dilihat sakan menari bersebelahan dengan seekor anjing yang diikat dengan rantai seakan-akan haiwan peliharaannya ketika bercuti di Filipina.

“Siapa kacau kena gigit dengan Baby Sugar nanti,” tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menghentam dan mencaci perbuatan selebriti yang popular di Indonesia itu hingga ada yang memanggilnya dengan pelbagai gelaran.

“Kasihan dia ni. Bila dah sendu kena buat sesuatu yang buat orang sebut dan marah, walau terpaksa membebalkan diri sendiri.

“Dia ni kalau tak cipta kontroversi memang tak sah. Tak suka hidup tenang dia ni gamaknya. Kenapalah awak ni suka sangat jadi penyebab terjadinya fitnah. Awak dengan anjing tu samalah perangai,” tulis mereka.

Sebelum ini, Shima, 30, juga pernah dikecam gara-gara video memaparkan dirinya menziarahi kubur mendiang datuknya yang beragama Kristian sehingga ada netizen yang mempersoalkan status agamanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI