fbpx

KPDNHEP bentang status minyak masak, ayam esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa bercakap pada sidang akhbar selepas pelancaran cawangan Richiamo Coffee ke-99 di Menara Prisma di Putrajaya. - FOTO : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi esok akan tertumpu kepada laporan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenai kedudukan bekalan minyak masak bersubsidi, ayam dan telur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, mesyuarat buat kali keempat itu juga dijangka berkisar mengenai situasi sebenar bekalan dan tahap pematuhan harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Dalam mesyuarat esok, isu utama adalah laporan daripada KPDNHEP mengenai kedudukan bekalan minyak masak bersubsidi satu kilogram, ayam dan juga telur, ini penting kerana ia adalah isu yang dibangkitkan oleh rakyat khususnya berkaitan bekalan.

“Kita juga jangka akan terima laporan tentang kedudukan terkini dan tindakan-tindakan yang telah diambil, setakat mana ia berkesan kerana kerajaan hendak pastikan harga itu tidak melebihi harga siling yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai antara intipati mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang berlangsung esok selepas merasmikan cawangan ke-99 Richiamo Coffee di Menara Prisma di sini hari ini.

Pada 29 Jun lalu, mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan jawatankuasa tersebut bagi membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI