fbpx

Kebanyakan rumah hanyut didirikan atas tanah rizab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebanyakan rumah di tepi Sungai Iboi, Baling dibina di atas tanah rizab.

BALING – Kebanyakan rumah di pinggir Sungai Iboi yang hanyut dalam tragedi kepala air pada kelmarin didirikan atas tanah rizab yang tiada hak milik.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, keadaan itu menimbulkan sedikit masalah kerana kerajaan hanya boleh membantu membina semula rumah di kawasan tanah bergeran.

Selain itu katanya, keadaan sungai di situ juga sudah semakin cetek hingga air melimpah dan mengundang lebih bahaya sekiranya rumah baharu dibina di kawasan sama.

“Saya difahamkan kebanyakan rumah yang hanyut itu memang tak ada geran. Kalau mereka ada tanah milik di tempat lain, lebih mudah untuk kerajaan bantu bina rumah.

“Jika tidak, kena cari tapak dahulu dan proses itu mungkin agak lambat. Kalau bantuan kerajaan, memang perlu ada geran dan tanah bermilik tetapi kalau tidak ada, kita akan usahakan sama-sama,” katanyapada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Pejabat Daerah dan Tanah Baling di sini hari ini.

Menurutnya hasil laporan diterima, terdapat 15 buah rumah dilaporkan hanyut dan musnah sehingga tidak lagi boleh diduduki di Kampung Iboi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI