fbpx

KASA segerakan empat projek tebatan banjir di Baling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja membersihkan kawasan dilanda kepala air di Kampung Iboi, Baling semalam. -SHAHIR NOORDIN

PUTRAJAYA – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) akan menyegerakan empat projek termasuk rancangan tebatan banjir susulan kejadian bencana alam di Baling, Kedah semalam.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, antara projek yang disegerakan termasuk Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Baling Fasa 1 dengan kos sebanyak RM15 juta dan RTB Baling Fasa 2 berjumlah RM160 juta.

“Ia termasuk pembinaan struktur sabo untuk mengurangkan risiko aliran debris dengan kos RM22 juta dan projek-projek kecil seperti mendalamkan sungai, membina benteng sungai, pembaikan jambatan, denai sungai yang dijangka bernilai RM6 juta.

“Empat projek itu perlu disegerakan berdasarkan penilaian pasukan teknikal terdiri daripada Ketua Setiausaha KASA, Datuk Seri Ir Zaini Ujang dan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Md Nasir Md. Noh,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Beliau dimaklumkan, banjir kilat yang berlaku di Baling adalah susulan hujan berterusan selama tiga jam bermula pada 3 petang, Isnin lalu.

“Bacaan aras hujan di stesen JPS Felda Teloi Kanan ialah 64 milimeter (mm) manakala stesen Kampung Sedim dan Kampung Iboi masing-masing melebihi 40mm.

“Data satelit Jabatan Meteorologi menunjukkan taburan hujan lebih tinggi, lebih sekali ganda di Gunung Inas iaitu huluan Sungai Tiak dan Sungai Kupang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI