fbpx

Wanita belum bertemu jodoh menangis lihat rakan berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang wanita menangis teresak-esak di sebuah majlis perkahwinan di Indonesia. - Dok. TikTok @nadiarenaraw.

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menjadi tular di media sosial apabila dirakam menangis teresak-esak semasa menghadiri sebuah majlis perkahwinan, lapor laman Wolipop, semalam.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @erha_store2 atau Pury, wanita itu dilihat berpusing ke belakang kerusi dan menangis sehingga matanya menjadi merah.

“Sabar ya,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Pada mulanya, video yang berjaya meraih jumlah tontonan sehingga 7.1 juta menyangka wanita itu menangis kerana pengantin lelaki ialah bekas teman lelakinya.

Namun, Pury menjelaskan bahawa wanita berkenaan ialah teman baik pengantin perempuan dan dia berasa sedih kerana tidak boleh berkahwin serentak memandangkan belum bertemu jodoh.

“Bukan menangis ditinggalkan kekasih tetapi sedih kerana teman baiknya sudah berkahwin dan meninggalkan dia seorang diri.

“Wanita itu belum berteman, maka dia berasa sunyi selepas rakan baiknya mendirikan rumah tangga,” jelas Pury. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI