fbpx

Tetap jual ayam RM8.80 sekilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Murni (kanan) dan pekerjanya memotong ayam proses yang dijual pada harga RM8.80 sekilogram di kedai runcitnya di Pantai Senok, Bachok semalam.

BACHOK – Beberapa peniaga di daerah ini tetap mahu menjual ayam standard pada harga ­siling lama iaitu RM8.80 sekilogram berbanding RM9.40 sekilogram harga yang ditetapkan bermula 1 Julai.

Mereka berpendapat masih mendapat keuntungan walaupun dengan menjual harga lama.

Seorang peniaga ayam proses di Pantai Senok yang mahu dikenali Murni, 50, berkata, dia menjual ayam standard pada harga RM8.80 sekilogram sekali gus le­bih murah berbanding harga siling yang ditetapkan kerajaan iaitu RM9.40 yang baharu ditetapkan kerajaan.

Ujarnya, harga yang ditawarkan di kedai runcitnya itu sudah membolehkan dia mendapat sedikit keuntungan daripada penjualan sekilogram ayam.

Katanya lagi, dia memperoleh bekalan ayam proses dari ladang ternakan di Perak pada harga yang masih dianggap berpatutan ketika ini.

“Apabila dicampur dengan kos penghantaran dari sana ke Kelantan, kita masih lagi boleh menjual ayam proses di bawah paras harga siling yang ditetapkan kerajaan.

“Saya perlu menjual ayam proses pada harga yang mampu milik kerana semasa harganya melonjak sebelum ini, premis saya kurang menerima pelanggan yang membeli bekalan bahan mentah itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Kata Murni, dia turut menjangkakan ayam proses akan turun ke paras RM7 sekilogram sekiranya bekalan bahan mentah tersebut terus ada di pasaran seperti keadaan semasa ketika ini.

Ujarnya, kebanyakan peniaga juga tidak mengenakan caj pemotongan ayam kepada pelanggan ketika ini.

Di Gua Musang, seorang pengguna, Norzulin Harun Hassan, 55, berkata, langkah penetapan harga siling yang ditetapkan kerajaan dilihat membantu mengurangkan impak peningkatan kos sara hidup keluarganya.

Ujarnya, dia bersyukur ayam ada harga siling berbanding ura-ura harga diapungkan.

“Saya perlu sediakan ayam untuk tujuh ahli keluarga dan ayam itu hanya mampu bertahan tempoh dua hari,” ujarnya.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan harga siling bagi ayam standard ditetapkan pada kadar RM9.40 sekilogram berkuat kuasa bermula 1 Julai ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI