fbpx

Saintis temui spesies pokok teratai terbesar dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daun teratai V. boliviana boleh tumbuh selebar hampir 3.04 meter. – RBG Kew

LONDON – Pasukan Saintis menemui pokok teratai terbesar di dunia yang juga  spesies baharu selepas ia tumbuh di sebuah taman tanpa disedari selama 177 tahun, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Pokok teratai daripada jenis Victoria boliviana (V.boliviana) itu merupakan spesies terbesar dunia dengan daunnya memiliki lebar hampir 3.04 meter, demikian menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh taman Taman Botani Diraja London.

Spesimen terbesar bagi spesies itu boleh ditemui di Taman La Rinconada, Bolivia, dengan daunnya  tumbuh selebar 3.2 meter.

Daun teratai gergasi itu yang tergolong dalam satu daripada tiga genus  Victoria, boleh menyokong berat sekurang-kurangnya 79.8 kilogram.

“Dengan adanya data baharu bagi teratai Victoria, di samping mengenal pasti spesies baharu dalam genus, ia merupakan pencapaian hebat taman ini. 

“Adalah penting untuk kita mengenal pasti dan mendokumentasikan kepelbagaian tumbuhan bagi melindunginya serta mendapat manfaat secara mapan daripadanya,” kata ahli taksonomi, sistematik dan botani lapangan taman berkenaan, Alex Monro dalam satu kenyataan akhbar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI