fbpx

Enam pemain dalam senarai buangan Xavi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LENGLET antara pemain yang tidak berada dalam perancangan Xavi dan dikaitkan dengan perpindahan ke Spurs. – AFP

MADRID – Pengendali Barcelona, Xavi mendedahkan enam pemainnya kini sudah boleh memikirkan tentang masa depan bersama pasukan lain kerana tidak lagi berada dalam perancangannya bagi menghadapi musim depan.

Kesemua pemain berkenaan adalah Riqui Puig, Neto, Oscar Mingueza, Clement Lenglet, Sa­muel Umtiti dan Moussa Wague, malah para pemain itu juga sudah dimaklumkan bahawa mereka tidak lagi berada dalam senarai diperlukan.

Menerusi perubahan besar yang bakal dilakukan, Xavi berharap ia akan mengubah nasib Barcelona dan kesemua pemain berkenaan juga sudah mengetahui nasib masing-masing

Menurut laporan, Xavi kini lebih berminat untuk bermula dari bawah dan kesemua mereka kini diberi peluang untuk menentukan masa depan serta mencari kelab lain yang mampu menawarkan minit permainan.

Di sebalik keputusan untuk menyingkirkan pemain-pemain berkenaan, bekas tonggak antarabangsa Sepanyol itu tetap mengharapkan mampu membawa masuk sekurang-kurang­nya lima lagi pemain.

Ketika ini, Lenglet sudah pun dikaitkan bakal berhijrah ke Tottenham Hotspur, namun pemain lain mungkin berdepan sedikit kesukaran untuk keluar dari Camp Nou.

Umtiti dikatakan hampir pasti akan di­pinjamkan ke kelab lain di Sepanyol, manakala Wague yang baharu saja kembali daripada kece­deraan mungkin sukar untuk mendapatkan kelab baharu.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI