fbpx

Banjir Baling: Mayat wanita hamil, ibu mertua ditemui berpelukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat wanita hamil dan ibu mentuanya ditemui dalam keadaan berpelukan di bawah timbunan batang pokok di Kampung Iboi, Baling pagi ini.

BALING – Mayat seorang wanita hamil empat bulan dan ibu mentuanya yang dihanyutkan kepala air dalam kejadian di Kampung Iboi di sini semalam ditemui dalam keadaan berpelukan pada pagi ini.

Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23, dan ibu mertuanya, Salmah Mat Akib, 53, ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Kedua-dua mangsa ditemui anggota bomba di bawah timbunan batang pokok berhampiran Sungai Iboi.

Tempat mangsa dijumpai dengan lokasi rumah mereka sejauh kira-kira 100 meter.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, mayat ditemui selepas anggota ternampak kaki salah seorang mangsa di bawah timbunan batang pokok.

“Mayat kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan berpelukan serta tiada kesan kecederaan luaran.

“Kita mengeluarkan mayat pertama iaitu Nurul Anis diikuti ibu mertuanya, Salmah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurutnya, seorang lagi mangsa iaitu Khairul Ikwan Nor Azam, 14, masih belum ditemui.

“Mangsa adalah daripada keluarga sama iaitu anak kepada Salmah dan operasi pencarian mangsa sedang giat dijalankan,” ujarnya.

Sementara itu, kata beliau, pasukan penyelamat telah berjaya menyelamatkan 155 mangsa yang terperangkap dalam kejadian banjir kilat dengan  270 lagi penduduk diselamatkan orang awam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI