KUALA LUMPUR – Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terpaksa akur tidak dapat meneruskan kemaraan pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura.
Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura sebentar tadi, bekas gandingan No.1 dunia itu tewas 18-21, 21-10, 14-21 kepada Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri dari Indonesia.
Beregu yang terkenal dengan gelaran DinFei itu memulakan perlawanan dengan langkah kiri apabila tewas 18-21, namun berjaya bangkit di set kedua bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.
Memasuki set ketiga, perlawanan berlangsung sengit di awal permainan apabila kedua-dua beregu saling bertukar servis tetapi Fajar-Fikri kemudiannya mula menjarakkan diri.
Walaupun cuba untuk merapatkan kedudukan, namun Sze Fei-Izzuddin terpaksa akur apabila tewas 14-21, sekali gus tersingkir daripada kejohanan Jelajah Dunia Super 750 itu. – KOSMO! ONLINE














