fbpx

400 sukarelawan digerakkan bantu mangsa banjir- KPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menggerakkan seramai 400 sukarelawan secara berperingkat bagi menyantuni keperluan mangsa yang terjejas susulan bencana banjir di Baling, Kedah semalam.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, mereka juga akan menyediakan pelbagai bentuk bantuan juga sumbangan termasuk kerja-kerja pembersihan, pembekalan
pakaian dan bekalan stok makanan serta penjagaan kendiri kepada yang memerlukan

“Kementerian ini menzahirkan rasa dukacita dan bersimpati atas kejadian bencana banjir lumpur yang dilaporkan melanda di daerah Baling, Kedah semalam.

“Atas dasar KPT Prihatin dan kebersamaan Keluarga Malaysia terhadap mangsa-mangsa banjir, sukarelawan Universiti Awam (UA) dan Yayasan Sukarelawan Siswa telah digerakkan ke kawasan terjejas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Noraini, beliau turut mendoakan agar semua mangsa yang terkesan diberi kekuatan bagi mendepani dugaan dan cabaran yang melanda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI