fbpx
TANGKAP layar memaparkan senario pelanggan sebuah bank menggunakan selipar dan topi keledar untuk menanda giliran. - Instagram

Pelanggan bank tanda giliran guna selipar, topi keledar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Sebuah klip video di media sosial Indonesia memaparkan tindakan pelanggan sebuah bank yang menggunakan selipar dan topi keledar sebagai penanda giliran masing-masing, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @nurdin_abdullah.

“Ketika menunggu giliran untuk mendapatkan nombor di bank. Supaya tidak bergaduh, ini cara berkesan dan menjimatkan tenaga,” demikian kapsyen pada video berkenaan.

Rakaman menunjukkan sebilangan pelanggan sedang beratur di hadapan sebuah bank. Bagaimanapun, satu barisan lain kelihatan berbeza daripada apa yang sering dilihat. 

Hal ini demikian kerana bukan manusia yang beratur tetapi selipar dan topi keledar milik pelanggan bank berkenaan.

Ia disusun dengan teratur di hadapan bank tersebut sehingga membentuk satu barisan. Sementara itu, pelanggan-pelanggan tersebut dilihat duduk dengan santai berhampiran barisan itu ketika menunggu giliran mereka.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Ini baru barisan paling kemas dan tidak berpeluh,” kata seorang netizen.

“Kreatifnya, daripada menunggu dalam panas,” komen netizen lain. – Agensi

 

POPULAR