fbpx

Lelaki Thailand sesak nafas, dikejarkan ke hospital selepas ambil ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seksan mengalami masalah pernafasan, penglihatan, keresahan, loya dan sesak nafas. – The Pattaya News

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand dilaporkan mengalami serangan panik selepas menghisap ganja di Pantai Pattaya semalam, lapor laman berita Thaiger.

Lelaki dikenali sebagai Seksan, 29, itu turut mengalami gejala  luar biasa akibat daripada aktiviti terlarang tersebut.

Menurut Seksan, dia pernah menghisap ganja sekali dalam seumur hidupnya beberapa tahun lalu.

Selepas kerajaan Thailand membenarkan penggunaan bahan terlarang  itu, Seksan terdetik untuk  menikmati suasana malam di tepi pantai dengan membeli ganja daripada seorang peniaga di situ.

Bagaimanapun,  selepas menghabiskan separuh bahan tersebut, dia berasa sesak dada dan pening lantas terpaksa meminta bantuan orang ramai.

Polis Pattaya dimaklumkan bahawa Seksan mengalami masalah pernafasan, penglihatan, keresahan dan loya dan sesak nafas.

Anggota penyelamat yang tiba kemudian memberi bantuan awal kepada lelaki itu di lokasi kejadian  sebelum membawanya ke hospital terdekat untuk rawatan lanjut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI