fbpx

Beri peluang kariah B40 terima agihan lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kariah masjid dan surau yang majoritinya terdiri golongan B40 akan didahulukan bagi pengagihan lembu untuk ibadah korban tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, ini berikutan kebanyakan masjid di bandar-bandar
mampu membeli lembu korban mereka sendiri.

“Justeru, kerajaan negeri akan mengutamakan kawasan luar bandar seperti Daerah Kuala Langat dan lain-lain untuk diagihkan lembu korban,”katanya selepas merasmikan Seminar Pemantapan Sembelihan Halal Qurban 1443 Hijrah Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

Mohd.Zawawi (depan empat kanan) bersama peserta seminar di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Beliau menjelaskan, sebanyak 425 ekor lembu akan disumbangkan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) kepada masjid dan surau terpilih.

Mohd. Zawawi menambah, hanya 332 masjid sahaha dipilih daripada 432 masjid di Selangor manakala bagi surau Jumaat adalah 31 daripada keseluruhan 346.

“Untuk surau pula sebanyak 62 telah dipilih kita daripada 1,765 buah surau,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI