fbpx

Agong berkenan melawat Mindef

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong ketika tiba di Wisma Pertahanan hari ini.

PETALING JAYA – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli mengadakan lawatan rasmi ke Kementerian Pertahanan (Mindef) hari ini.

Mindef dalam satu kenyataan berkata, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Wisma Pertahanan telah disambut oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd. Aziz, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Datuk Seri Affendi Buang serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Yang di_pertuan Agong ketika mencemar duli ke Wisma Pertahanan hari ini

“Sebaik keberangkatan tiba, Seri Paduka Baginda telah menerima Tabik Hormat Diraja dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja terdiri daripada empat pegawai serta 103 anggota yang diketuai oleh Mej Nurul Fauzan Md Sabri.

“Di dalam sesi lawatan itu juga, Seri Paduka Baginda berkenan menerima sembah taklimat dari Pegawai- pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ATM berkenaan Pelan Pemulihan Aset Littoral Combat Ship (LCS), Pindaan Akta Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), agenda memperkasakan Veteran ATM dan Pengoperasian Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD),” katanya di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, lawatan rasmi ke Mindef itu adalah merupakan julung kali dizahirkan Seri Paduka Baginda ke atas organisasi Kementerian-Kementerian di Malaysia sejak ditabalkan sebagai KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

“Mindef dan ATM menjunjung kasih di atas kesudian Seri Paduka Baginda selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia mencemar duli mengadakan lawatan rasmi ke Mindef,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI