fbpx

Keputusan SVM Semester 4 Sesi 2/2021 dikeluarkan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 Sesi 2/2021 akan dikeluarkan bermula esok.

KPM dalam satu kenyataan berkata, turut dikeluarkan esok adalah keputusan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) bagi tahun 2021.

“Slip keputusan peperiksaan bagi calon SVM Semester 4 dan pelaporan PASM bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) boleh diperoleh daripada kolej vokasional atau sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi esok,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI