fbpx
gambar hiasan

Pengguna terkejut harga minyak masak botol cecah RM42

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Para peniaga dan orang ramai berpuas hati dengan penetapan harga siling bagi ayam standard dan telur yang berkuat kuasa semalam, namun terkejut dengan harga baharu bagi minyak masak berbotol.

Berdasarkan tinjauan Kosmo!, hampir kesemua minyak masak botol berjenama yang terdapat di pasaran mengalami kenaikan mendadak sehingga RM13 melibatkan botol 1 kilogram (kg), 2kg dan 5kg.

Paling ketara adalah minyak masak botol 5kg yang melonjak daripada RM29.70 kepada RM42.50 sebotol, manakala harga minyak botol 1kg naik dari RM6.70 kepada RM9.50 dan minyak 2kg dari RM12.70 kepada RM18.

Seorang pengguna, Nur Heda, 41, berkata, dia memang biasa membeli minyak botol 5kg sebelum ini selain menggunakan minyak peket bersubsidi.

“Kalau minyak peket habis, saya memang akan beli minyak botol 5kg, tetapi hari ini (semalam), saya terkejut melihat harga baharu. Hampir kesemua kedai yang saya pergi turut menetapkan harga yang hampir sama.

“Jika situasi ini berterusan, ia pasti membebankan pengguna dan sudah pasti minyak paket akan menjadi rebutan. Masalahnya, stok minyak peket pula terhad,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Hasni Moktar, 52, pula mengakui kesukaran yang terpaksa ditanggung orang awam sepertinya apabila perlu berebut bekalan minyak dengan para peniaga.

“Peniaga biasanya akan bolot semua minyak peket bersubsidi sebab harganya murah. Sebab itu bekalan sentiasa habis dan akhirnya, pengguna seperti saya terpaksa beli minyak botol yang jauh lebih mahal,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN