fbpx

8 anggota TDM selamat diijabkabulkan secara serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd. Zain (tengah) bersama isteri, Puan Sri Zainuriah Mustapha bergambar bersama pengantin di Masjid Thoriq bin Ziyah, Kem Perdana Sungai Besi awal pagi tadi. - FOTO AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Seramai lapan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) selamat diijabkabulkan dalam Majlis Akad Nikah Peringkat Tentera Darat 2022 di Masjid Thoriq bin Ziyah, Kem Perdana Sungai Besi awal pagi tadi.

Majlis tersebut telah disempurnakan Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd. Zain bersama isteri, Puan Sri Zainuriah Mustapha.

TDM dalam kenyataan berkata, majlis terbabit merupakan sebahagian perancangan aktiviti sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-89.

“Majlis akad nikah ini melibatkan 8 orang anggota tentera dan pasangan yang dinikahkan oleh tiga orang jurunikah.

“Majlis telah dilaksanakan di ruang solat utama secara serentak mengikut kumpulan. Khutbah nikah juga telah disampaikan secara berjemaah,” katanya di sini hari ini.

Katanya, majlis akan diteruskan dengan Majlis Makan Malam Meraikan Pengantin Baharu Warga Tentera Darat Tahun 2022 di sebelah malam bertempat di Dewan Datuk
Jamil Ahmad, Kem Perdana Sungai Besi.

“Majlis ini bukan sahaja meraikan lapan pasangan yang baru dinikahkan malah turut meraikan 20 lagi pasangan pengantin baharu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI