fbpx
TCHETCHE bergelut dengan masalah prestasi sejak bersama skuad Sang Penyu apabila gagal membantu meraih mata selepas seri 0-0 dengan NSFC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kelmarin.

Nafuzi pertahan ketumpulan Tchetche, Sherman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Mohd. Nafuzi Zain mempertahankan persembahan anak buahnya selepas terikat 0-0 de­ngan Negeri Sembilan semalam.

Ketua jurulatih muda ber­kenaan sebaliknya menyifatkan aksi anak-anak buahnya hampir sempurna dan hanya dikecewakan ketumpulan penyudah di depan gawang lawan.

Begitu pun, Nafuzi enggan meletakkan kesalahan itu di bahu penyerang mereka, Kipre ­Tchetche dan Kpah Sherman yang kini bergelut dengan masalah prestasi sejak bersama skuad Sang Penyu musim ini.

“Secara keseluruhan kami bermain cukup baik. Dari minit pertama semuanya sempurna tetapi kelemahan TFC adalah untuk ‘meletakkan’ bola di dalam jaring gol Negeri Sembilan.

“Memang rugi (seri) selepas tewas aksi terakhir dan memang kami berharap untuk menang namun secara keseluruhan TFC telah bermain dengan baik,” katanya sewaktu ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Nafuzi berkata, beliau akan mencari mekanisme bagi me­ningkatkan semula ketajaman barisan serangannya.

Dalam perkembangan sama, beliau menafikan skuad bimbi­ngannya berada dalam keadaan tekanan dengan rekod jaringan Tchetche dan Sherman dalam kempen musim ini menerima kritikan penyokong sendiri.

“Jika pemain-pemain tertekan kami tidak akan mampu mempamerkan prestasi bagus seperti malam ini (kelmarin). Saya lihat motivasi pasukan lebih baik berbanding sebelum ini.

“Walaupun gagal menjaringkan gol, saya lihat Tchetche dan Sherman tetap memberi sumbangan kepada pasukan ini,” tambah Nafuzi lagi.

Keputusan itu menyaksikan TFC sekadar mengutip satu mata daripada dua perlawanan ter­akhir setelah tumpas 1-2 kepada Penang FC minggu lalu untuk berada di tangga ketujuh dengan 10 mata.

POPULAR