fbpx

Gali lubang cabaran baharu di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lubang sedalam 1.5 meter ditemui di pantai-pantai Florida yang dipercayai akibat cabaran TikTok. - Reddit

TALLAHASSEE, Florida – Beberapa pegawai menyatakan bahawa lubang yang ditemui di sebuah pantai di negeri Florida berpunca daripada pengunjung cuba melakukan cabaran TikTok, lapor agensi berita United Press International (UPI).

Penduduk setempat, Allison Ward  berkata,  dia menemui empat buah lubang sedalam 1.5 meter dan lebar 121 sentimeter di tepi pantai di bandar Sanibel, Florida sepanjang minggu lalu.

“Saya hampir terjatuh dalam lubang itu. Saya pernah melihat lekukan tetapi tidak pernah melihat lubang dalam seperti ini di tepi pantai,” kata Ward.

Menurut Datuk Bandar Sanibel, Holly Smith,  pekerja jabatan kerja raya telah diarah untuk menimbus  lubang-lubang terbiar itu. Menurutnya, kewujudan lubang itu berpunca daripada orang ramai menyahut cabaran di laman TikTok.

“Terdapat  cabaran TikTok yang berbunyi ‘Sedalam mana  anda boleh menggali?'” kata Smith.

Jabatan polis tempatan menyiarkan gambar di laman Facebook minggu lalu yang menunjukkan lubang besar ditinggalkan di tepi pantai dengan penyodok masih berada di dalamnya.

Justeru, polis meminta sesiapa yang menggali lubang di pantai itu untuk memastikan mereka menutupnya kembali sebelum beredar.

“Sila timbus lubang anda dan  bawa barang-barang anda bersama. Lubang yang dibiarkan  berbahaya kepada pengunjung pantai lain,” kata jabatan polis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI