fbpx

Rumah berkonsep Star Wars dijual bawah RM66 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej menunjukkan ruang pawagam di rumah itu yang berkonsepkan Star Wars. - Victor Quintero And Lindsay Martin / Vtr Image

TALLAHASSEE, FLORIDA – Sebuah hartanah gaya Mediterranean yang terletak di Golden Oak dalam negeri Florida, dibina berkonsepkan filem sains fiksyen popular, Star Wars yang lengkap dengan sebuah pawagam, lapor akhbar Daily Star, kelmarin. 

Rumah yang terletak di Walt Disney World Resort itu akan dijual pada harga di bawah AS$15 juta (RM66 juta).

“Pawagam tersebut mempunyai replika Chewbacca (makhluk dalam filem Star Wars) bersaiz sebenar yang direka oleh pemiliknya,” kata ejen hartanah, Chris Christensen.

Selain tujuh buah bilik tidur dan sembilan bilik mandi, rumah mewah itu dihiasi dengan ciri-ciri yang akan menggembirakan peminat mana-mana filem.

Antaranya termasuk replika pendiangan Cinderella dan patung Toothless bersaiz gergasi yang merupakan watak seekor naga dari filem How To Train Your Dragon.

Pereka Disney Resort turut membantu menampilkan beberapa ciri-ciri unik untuk hartanah itu termasuk tingkap kaca berwarna bertemakan Disney.

Apabila penghuni rumah memerlukan rehat daripada semua peralatan watak Jedi pula, terdapat kawasan besar di rumah agam yang dibina pada tahun 2019 itu yang menampilkan ciri-ciri lebih konvensional.

Rumah berkeluasan 1,021 meter persegi itu dibina di atas tanah seluas 0.304 hektar serta tidak jauh dari Enchanted Oak Drive, resort Disney. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI