fbpx

Lelaki dikhuatiri lemas, bot terbalik langgar tunggul kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdull Razak (kiri) berbincang dengan pasukan bomba dalam operasi SAR seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Pengkalan Tasik Gubir di Sik, hari ini.

SIK – Seorang lelaki terselamat manakala rakannya dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik dalam kejadian di Tasik Gubir di sini semalam.

Mangsa yang terselamat dikenali sebagai Muhammad Khairul Badri Mahyuddin, 28, manakala Othman Abdul Ghani, 49, dilaporkan masih hilang.

Kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang memancing ikan di tasik tersebut.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, bot dinaiki mereka dikatakan terbalik selepas terlanggar tunggul kayu di tengah tasik.

“Mangsa, Muhammad Khairul Badri telah berenang sehingga ke tebing tasik sebelum mendapati rakannya tiada,” katanya ketika ditemui di Tasik Gubir di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa yang terselamat bermalam di pinggir tebing tasik sebelum meminta pertolongan daripada bot nelayan lain kira-kira pukul 7.30 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI