fbpx

Kylian Mbappe mahu PSG lepaskan Neymar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUBUNGAN Mbappe dan Neymar dikatakan semakin merosot sejak musim lalu menyebabkan pemain Brazil itu semakin hampir meninggalkan PSG. – AFP

PARIS – Bintang Perancis, Kylian Mbappe dilaporkan me­minta Paris Saint-Germain menjual Neymar selepas melabelkan pemain Brazil itu bertindak tidak profesional hingga mencetuskan situasi kurang harmoni dalam bilik persalinan.

Selepas menamatkan teka-teki mengenai masa depannya bersama PSG, terma dalam kontrak seakan memberi ‘kuasa’ kepada Mbappe dalam segala hal berkaitan pasukan ketika pemain itu bakal menjadi tunjang untuk melonjakkan kelab itu di kedudukan terbaik.

Khabar ini seakan-akan benar apabila laporan L’Equipe pada Mei lalu turut menyebut hubu­ngan Mbappe dan Neymar mula merosot sepanjang musim lalu dan apa juga situasi membabitkan kedua-dua pemain tidak dapat dilakukan dengan lebih baik.

Malah, sepanjang sesi perpindahan musim panas kali ini juga, PSG dikatakan sedia melepaskan Neymar jika ada kelab berpotensi mampu memenuhi nilai ditetapkan dan ketika ini, Chelsea menjadi salah satu pasukan yang dikaitkan dengan bintang Brazil berkenaan.

Menerusi laporan di Sepanyol, Mbappe mendakwa Neymar sebagai pemain yang tidak berdisip­lin dan gagal untuk menyesuaikan diri dengan sistem taktikal kelab.

Bagaimanapun, pemilik PSG enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung masa depan Neymar, namun dilaporkan sudah menerima ‘arahan’ daripada Mbappe.

Walaupun dikaitkan dengan Chelsea, usaha The Blues untuk merealisasikan perpindahan dijangka akan berdepan kesukaran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI