fbpx

Konvensyen Akidah ASWJ perkukuh ajaran Islam, benteng aliran sesat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuk (tengah) bergambar bersama peserta selepas merasmikan Konvensyen Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wikayah Persekutuan di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terus komited menangani ancaman aliran sesat dengan menganjurkan Konvensyen Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) peringkat Wilayah Persekutuan untuk memberikan kefahaman dan pengukuhan terhadap pegangan ajaran Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, konvensyen yang bertemakan ‘Obsesi, Pelampau Agama: Punca Akidah Goyah’ itu merupakan platform dan benteng kepada ancaman pelbagai ajaran dan kepercayaan yang menyeleweng dari akidah Islam yang sebenar.

Katanya, ia bertujuan mengenalpasti dan menangkis anasir-anasir mengelirukan dari segi akidah, syariah, dan pemikiran yang berpotensi menggugat perpaduan dan keharmoniaan ummah lebih-lebih lagi melalui media sosial.

“Kita sedia maklum umat Islam hari ini berhadapan dengan pelbagai isu membimbangkan khususnya perkara yang menyentuh soal akidah.

“Saya amat yakin konvensyen ini adalah salah satu manifestasi jelas pihak Jawi sebagai usaha jitu yang dilakukan bagi memastikan akidah umat Islam di negara ini dapat diperlihara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Konvesyen Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah persekutuan hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Ajib Ismail.

Dalam pada itu, Mohd. Ajib berkata, sehingga kini, sebanyak 55 ajaran dan fahaman telah difatwakan sebagai sesat serta menyeleweng dari ajaran Islam sebenar di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

“Antaranya adalah Ajaran Ahmadiah atau Qadiani pada tahun 2004, Ajaran Salah Haji Kahar bin Haji Ahmad Jalal (2006), Tariqat Zikrullah Hassan Anak Rimau dan Ayah Pin (2007), Syiah (2015), Millah Abraham (2016) dan Hizbut Tahrir (2018) serta banyak lagi.

“Jawi juga akan terus melaksanakan aktiviti pemantauan berdasarkan peruntukan undang-undang Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997) bagi mengelakkan umat Islam terjerumus dalam kesesatan dan penyelewengan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI