fbpx

Haneesya Hanee hadiahkan keluarga kereta baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANEESYA membuat kejutan buat ibu dan adik-beradiknya dengan membeli sebuah kereta baharu untuk kegunaan seharian.

PETALING JAYA – Perkongsian pelakon dan model Haneesya Hanee yang menghadiahkan kereta pertamanya iaitu Proton X70 buat keluarganya mengundang sebak ramai.

Masakan tidak, menurut Haneesya, 22, sebelum ini mereka sekeluarga terpaksa menggunakan kereta lama iaitu Proton Wira yang dimasuki air ketika hujan kerana bumbung bocor selain kerap rosak untuk urusan seharian.

“Alhamdulillah, kereta pertama saya adalah kereta keluarga. Bukan niat untuk menunjuk cuma hendak kongsi cerita.

“Wira (kereta) adalah wira kami. Banyak kenangan bersama Wira ini, pahit manis semua ada!

“Waktu panas seperti duduk di dalam sauna. Waktu hujan banjir satu kereta. Tetapi disebabkan Wira ini jugalah, saya dapat pergi kerja dan hantar adik ke sekolah,” kongsi Haneesya dalam Instagramnya.

Berkat kerja kerasnya, Haneesya bersyukur kerana akhirnya dapat membelikan sebuah kereta baharu untuk keselesaan mereka sekeluarga.

Biarpun hanya sekadar kereta, tetapi buat Haneesya pencapaian tersebut cukup besar bagi dirinya.

“Paling seronok ketika saya perhatikan keluarga dari jauh, masing-masing tersenyum sampai ke telinga terutama mommy sebab dia memang suka memandu.

“Merata dia bawa kami semua. Dapat tengok dia (mommy) senyum lebar dari jauh, Ya Allah menitik air mata. Bangga sangat dengan kita semua. Sayang semua,” tulis Haneesya yang merupakan anak sulung dari tiga beradik.

Selain berlakon, Haneesya atau nama sebenarnya, Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahalan turut menjalankan perniagaan serum rambut organik secara dalam talian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI