fbpx

Filem Mat Kilau angkat semangat jati diri Islam – Idris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (tengah) ketika menerima kunjungan pasukan penerbit filem Mat Kilau, Studio Kembara di pejabatnya hari ini.

PUTRAJAYA – Filem Mat Kilau yang mencetuskan fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini telah membangkitkan semangat jati diri Islam.

Itu reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad selepas menerima kunjungan penerbit filem itu, Studio Kembara di pejabatnya hari ini.

Idris berkata, filem arahan Syamsul Yusof itu mensajikan unsur-unsur nasihat serta ikatan ukhuwah yang sangat kuat selain membawa mesej dakwah kepada masyarakat dan semuanya terangkum di dalam filem berkenaan.

“Saya bangga serta kagum dengan sambutan filem Mat Kilau dan merasakan filem ini boleh menjadi contoh dalam industri,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Katanya, filem itu juga menjadi amal jariah kepada penerbit, pengarah filem, pelakon serta krew produksi dan seluruh yang terlibat.

Idris berkata, beliau merakamkan ucapan ucapan tahniah dan syabas kepada Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mat Dali termasuk Syamsul, seluruh barisan pelakon dan warga produksi filem Mat Kilau.

Katanya, Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama akan menganjurkan Majlis Anugerah Media Islam pada Januari 2023 bagi mengiktiraf karya-karya kreatif berunsurkan Islam.

Filem Mat Kilau menjadi fenomena ketika ini malah mencatat kutipan lebih RM20 juta dalam tempoh seminggu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI