fbpx

Bersengkang mata siapkan tugasan angkara masalah internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURFAQIHAH menggunakan telefonnya untuk mencari talian internet di rumahnya di Kampung Paya Menora, Kuala Ketil, Baling baru-baru ini.

BALING – Capaian internet yang lemah pada waktu puncak memaksa segelintir pelajar sebuah universiti terpaksa berjaga dari malam hingga ke subuh untuk menyiapkan tugasan kerana ketika itu sahaja mereka boleh mencari maklumat dengan pantas.

Nurfaqihah Izhar, 19, berkata, selain itu, dia juga terpaksa belajar di luar rumah kerana rangkaian internet yang dipasang di Kampung Paya Menora, Kuala Ketil sejak lima tahun lalu terlalu lemah.

Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Kuala Ketil itu berkata, dia terpaksa memikirkan alternatif lain seperti me­numpang di rumah sewa kawan kakaknya di Kuala Ketil atau pulang ke asrama walaupun ketika cuti jika capaian internet lemah pada waktu malam.

“Saya rasa malu dengan pensyarah kerana sering terlewat menghantar jawapan setiap kali peperiksaan berlangsung ketika berada di kampung ekoran ­capaian internet lemah.

“Bagaimanapun, saya ber­syukur kerana semua tenaga pengajar membabitkan kursus yang saya ambil memahami masalah tersebut,” kata pelajar kursus Asasi Pengajian Islam itu.

Menurut Nurfaqihah, masalah capaian internet yang lemah di kawasan rumahnya berlanjutan sejak lima tahun lalu dan bertambah teruk jika hujan.

Tambahnya, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah proses pembelajaran secara online sering terganggu dan terputus selain lewat menyiapkan tugasan ekoran kesukaran mencari maklumat tambahan.

“Kebanyakan masa belajar saya dihabiskan di luar rumah terutama di kawasan tinggi bagi memudahkan mendapat capaian internet. Saya berteduh di bawah pokok durian,” katanya.

Ujar Nurfaqihah, dia berharap agar pihak berkuasa dapat memasang kabel jalur lebar berkapasiti tinggi di kawasan kampungnya bagi melancarkan pembelajaran secara online yang dikendalikan oleh sebahagian pensyarah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI