fbpx

Kematian pelajar universiti, polis tunggu laporan kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SERDANG – Polis masih menunggu laporan lengkap jabatan kimia berhubung kematian seorang pelajar di dalam bilik berkunci di sebuah universiti sekitar daerah ini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan, proses bedah siasat sedang dijalankan.

“Setakat ini, tiada unsur jenayah ditemui dan punca kematian masih lagi dalam siasatan.

“Kita juga sedang menunggu laporan kimia dari Hospital Serdang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Berita berkaitan: Pelajar universiti ditemui meninggal dunia

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, mayat pelajar lelaki tahun akhir berusia 29 tahun jurusan Sarjana Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi itu ditemui dalam keadaan terlentang di sebelah katil.

Kehilangan mangsa disedari seorang rakan yang telah pergi ke bilik mangsa di tingkat lima sebelum mendapati bilik mangsa berkunci dan berbau busuk.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat pelajar terbabit telah di hantar ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI