fbpx

Gajah peronda dikerah buru harimau selepas 5 penduduk terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki berusia 33 tahun menjadi mangsa kelima dalam serangan harimau di India minggu lalu. - Getty

NEW DELHI – Pihak berkuasa India mengerahkan satu kawanan gajah untuk memburu seekor harimau yang telah membunuh lima orang dalam serangan yang mengerikan, lapor akhbar Daily Star, semalam.

Penduduk tempatan di kampung Khairatiya melepaskan kemarahan mereka kepada renjer-renjer hutan selepas Nagendra Singh, 33, menjadi mangsa terbaharu harimau berkenaan pada 23 Jun lalu.

Mangsa dilaporkan pergi mengutip rumput di sebuah ladang tebu apabila diterkam seekor harimau di hadapan beberapa penduduk lain. 

“Harimau betina itu menerkam Nagendra dan dia terbunuh dalam beberapa saat. Semuanya berlaku terlalu pantas. 

“Ketika itu, kami dapat mengumpulkan penduduk tempatan dan menghalau harimau betina tersebut. Leher mangsa telah terputus dan dia meninggal dunia di lokasi kejadian,” kata ketua kampung, Pargat Singh.

Seorang pegawai jabatan hutan semalam mengesahkan bahawa seekor harimau betina telah memasuki perangkap yang diletakkan di dalam hutan pada malam sebelumnya.

Mereka berjaya menangkap salah seekor daripada dua haiwan yang dikatakan terlibat dalam insiden tersebut.

Pegawai sub bahagian, Amit Kumar berkata, selepas ditangkap dan ditenangkan, ia dibawa ke Perlindungan Hidupan Liar Katarniaghat dengan keputusan muktamad mengenai kebajikannya akan dibuat oleh pihak berkuasa dalam beberapa hari akan datang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI