fbpx

Sindiket seleweng minyak masak subsidi tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPDNHEP Johor menumpaskan satu sindiket menyeleweng minyak masak subsidi dalam satu serbuan di Kota Masai, Pasir Gudang, Johor semalam.

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor berjaya menumpaskan sebuah sindiket menyeleweng minyak masak bersubsidi untuk dibungkus semula dalam satu serbuan di sebuah kilang di Kota Masai, Pasir Gudang, di sini semalam.

Pengarah KPDNHEP Johor, Mohd. Hairul Anuar Bohro berkata, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki berusia 30 tahun yang merupakan pemilik syarikat untuk membantu siasatan.

Menurut beliau, dalam serbuan berkenaan pihaknya berjaya merampas 13,610 kilogram minyak masak yang disyaki telah dicampur bersama minyak masak terpakai dan peralatan digunakan bernilai RM88,785.

“Serbuan yang dijalankan sekumpulan enam orang pegawai dan anggota KPDNHEP Johor pada pukul 11 pagi itu mendapati sindiket berkenaan menjalankan kegiatan tersebut disebalik aktiviti pengumpulan dan penjualan minyak masak terpakai (used cooking oil).

“Premis ini disyaki melakukan pemindahan minyak masak bersubsidi ke dalam tangki dengan cara memotong minyak masak plastik ‘polybag’ dan mencampurkan ke dalam tangki minyak masak terpakai bagi mendapatkan kuantiti yang banyak untuk jualan dan keuntungan yang lebih,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Hairul Anuar, pihaknya komited membanteras aktiviti penyelewengan dan ketirisan minyak masak bersubsidi bagi memastikan bekalan minyak dapat dinikmati rakyat Malaysia.

“Tindakan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 yang mana jika sabit bersalah boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

“Bagi pertubuhan atau perbadanan pula denda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan RM5 juta bagi kesalahan kedua dan seterusnya. Sehubungan itu siasatan lanjut akan dijalankan terhadap pemilik premis tersebut,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, orang ramai diminta menghulurkannya maklumat berhubung perbuatan penyelewengan minyak masak bersubsidi kepada KPDNHEP bagi kesejahteraan bersama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI