fbpx
MORA akui PJ City cukup liat ditumbangkan dan bukan lawan mudah, maka JDT perlu berusaha keras untuk memastikan mereka pulang dengan tangan kosong.

Harimau Selatan ‘senak perut’ jumpa PJ City – Benjamin Mora

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETUA jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menuntut pemain untuk meneruskan rentak kemenangan ketika berdepan Petaling Jaya City FC (PJ City FC) malam ini.

Mora mengakui usaha mengutip tiga mata bukan semudah kata kerana PJ City cukup liat untuk ditumbangkan setelah pasukan itu memberi tentangan sengit kepada Harimau Selatan.

Katanya, Harimau Selatan perlu merancang taktik yang ampuh bagi berdepan anak-anak buah P. Maniam yang mengintai peluang untuk mencuri mata pada pertemuan itu.

“Setiap kali bertemu PJ City, ia akan mendatangkan masalah buat kami. Mereka bukan lawan yang mudah dan ia akan kekal begitu setiap kali kami menentang mereka.

“Semangat juang yang ditunjukkan mereka sangat tinggi dan JDT perlu berusaha keras untuk memastikan mereka pulang dengan tangan kosong,” katanya kepada pemberita.

Mora berpandangan, skuad Harimau Selatan perlu memastikan rekod kemenangan di gelanggang sendiri perlu dipertahankan untuk memastikan penguasaan dalam Liga Super.

Katanya, menang besar ke atas Selangor FC 5-1 sebelum ini memberi suntikan semangat buat pa­sukan untuk terus memastikan kemenangan dilakar di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri.

“Kita perlu mengekalkan rekod kemenangan di laman sendiri, kehilangan mata ketika menentang Sri Pahang FC yang berkesudahan seri 2-2 sebelum ini meninggalkan luka buat JDT.

“Dengan persembahan lima bintang ketika menewaskan Selangor 5-1 baru-baru ini membuktikan pasukan kembali ke landasan kemenangan untuk bertemu PJ City,” katanya.

Tambahnya, pemilihan barisan kesebelasan utama masih belum diputuskan dan menunggu laporan akhir tahap kecergasan setiap pemain utama JDT.
Mora pastinya akan meletakkan harapan kepada gandingan

POPULAR