fbpx

Usahawan IKS dapat dana tambahan RM130 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) bergambar bersama pemenang pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Usahawan 2022 di ibu negara malam tadi.

KUALA LUMPUR- Kerajaan hari ini bersetuju meluluskan dana tambahan sebanyak RM130 juta kepada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dalam usaha memastikan kesinambungan ekosistem perniagaan terbabit terus berkembang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dana tambahan itu melibatkan jumlah RM100 juta bagi Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) serta RM30 juta menerusi Bumiputra Enterprise Enhancement Programme (BEEP).

“Saya dimaklumkan bahawa SPIM di bawah TEKUN yang diperuntukkan sebanyak RM200 juta oleh kerajaan telah habis. Justeru, bagi kepentingan para usahawan kecil, kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta.

“Selain itu, BEEP di bawah SME Corp. dengan peruntukan sebanyak RM20 juta pada tahun 2022 juga telah habis. Oleh itu, saya umumkan kerajaan meluluskan RM30 juta peruntukan tambahan bagi tujuan ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Usahawan 2022 di sini tadi.

Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menyeru kepada para usahawan supaya mengambil peluang memanfaatkan inisiatif disediakan kerajaan bagi peralihan perniagaan konvensional kepada adaptasi teknologi dan digitalisasi.

“Perkembangan pesat digital ekonomi wajar dimanfaatkan untuk tujuan pengembangan perniagaan.

“Justeru, kerajaan terus bersedia untuk membantu golongan usahawan melalui pelbagai inisiatif dan program yang akan dilaksanakan dengan mengambil kira perkembangan ekonomi semasa,” ujarnya.

Pada majlis berkenaan, Sumisaujana TCM Chemicals Sdn. Bhd. berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 selepas diangkat sebagai Pemenang Anugerah Perdana Menteri.

Sementara itu, Anugerah Menteri KUSKOP dimenangi oleh Respack Manufacturing Sdn. Bhd. sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI