fbpx

Tempahan kenderaan elektrik Kia EV6 kini dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Model baharu kenderaan elektrik Kia yang kini dibuka untuk tempahan.

PETALING JAYA- Pengedar tunggal jenama Kia, Dinamikjaya Motors Sdn. Bhd. membuka tempahan untuk pembelian  kenderaan elektrik model EV6 GT Line pada harga bermula RM300,668 seunit.

Menurut kenyataan, model dengan pacuan semua roda itu hadir dengan pek bateri 77.4 kWh yang menawarkan jarak perjalanan sejauh 506 kilometer.

Jelasnya, tork maksimum kereta itu setinggi 605Nm dan kelajuan maksima 185 kilometer sejam (kmj) dengan pecutan daripada pegun hingga 100 kmj dalam masa 5.2 saat.

“Model ini juga hadir dengan 14 speaker Meridian yang akan memberikan sistem audio terbaik untuk pemandu dan penumpang.

“Ia turut dilengkapi dengan Surround View Monitor (SVM) yang akan memaparkan visual kamera 360,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Model yang diimport terus (CBU) dari Korea Selatan itu ditawarkan dalam lima pilihan warna menarik kepada pelanggan.

“Kenderaan elektrik ini hadir dengan waranti lima tahun atau 150,000 kilometer (km) atau mana-mana dahulu, manakala jaminan bateri selama tujuh tahun atau 150,000 km atau mana-mana tiba dahulu,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI