fbpx
PERCUTIAN mewah penuh romantik Wawa dan Aeril menjadi impian semua orang.

Percutian mewah Wawa Zainal impian ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU-BARU ini, percutian mewah pasangan popular Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mencuri perhatian ramai.

Makan di restoran mewah milik Salt Bae dengan bil berjumlah lebih RM10,000 dan kini momen sarapan pagi Wawa berlatarbelakangkan Menara Eiffel di Paris, Perancis pula menjadi sebutan ramai.

Sempat juga Diva menjengah dalam ruangan komen, rupa-rupanya ramai juga yang makan hati melihat percutian mewah Wawa dam Aeril.

Kebanyakan mereka memberitahu percutian tersebut merupakan antara impian mereka yang masih belum tertunai.

“Impian semua para wanita di Malaysia,” kata netizen.

“Ini impian saya yang tak akan mampu untuk dicapai seumur hidup. Hanya akan menjadi mimpi,” ujar netizen yang kagum dengan Wawa.

Bagi Diva, elakkanlah rasa cemburu. Jadikan perkongsian Wawa itu sebagai pembakar semangat untuk memilikinya juga.

DIVA: Drama She Was Pretty versi Malaysia dapat pujian ramai, tahniah!

POPULAR