fbpx

Pengikut TikTok Khaby Lame paling ramai, lebih 142 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Riak wajah lurus Lame menjadikan dia popular di laman TikTok walaupun semua videonya tidak melibatkan sebarang dialog. - newsrnd

WASHINGTON – Personaliti media sosial, Khaby Lame mencatat rekod baharu apabila  mempunyai seramai 142.8 juta pengikut di laman perkongsian video pendek, TikTok, lapor portal Wion News kelmarin.

Lame mengatasi  rekod milik pencipta kandungan video Tik Tok popular, Charli D’Amelio yang kini mempunyai 142.3 juta pengikut.

Kandungan video popular lelaki berusia 22 tahun itu termasuk reaksi  terhadap video tips aktiviti harian yang dianggap tidak masuk akal olehnya. Lame akan menerbitkan video susulan untuk menunjukkan langkah lebih mudah dan lebih munasabah.

Klip video Lame juga unik kerana tidak menampilkan sebarang dialog.

Sebaliknya,  ekspresi selamba, memek wajah dan bahasa badannya menjadikan Lame sebagai  salah seorang pencipta kandungan Tik Tok yang paling digemari  dan diiktiraf di seluruh dunia.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 2021, Lame berkata, dia bersemangat untuk menghiburkan orang ramai dan membuat mereka ketawa.

“Saya seronok menghiburkan dan membuat orang ketawa sejak dari kecil lagi dan saya berterima kasih kepada TikTok kerana menawarkan saya pentas global bagi berkongsi minat tersebut dengan dunia.

“Saya akan terus berusaha ke arah impian saya, menge­tahui bahawa saya boleh mengharapkan komuniti TikTok yang sentiasa menyokong saya,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI