fbpx
KIRI. Wanita yang dikatakan bakal isteri Shahir Zawawi.

Inikah bakal isteri Shahir Zawawi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMAI peminat Shahir Zawawi tumpang gembira apabila penyanyi kesayangan mereka mendedahkan bakal bertunang pada pertengahan Julai ini.

Diam-diam hatinya dicuri. Menurut sumber Diva, betullah, wanita pilihannya bukan calang-calang, seorang usahawan yang sukses, bijak dan jelita. Memang secocok dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan itu.

Sejuk mata memandang tengok si bakal suri hidupnya. Sudah namanya jodoh, tak sampai dua bulan kenal mereka sepakat langsungkan ikatan.

Difahamkan persiapan ke hari bahagia sudah hampir sempurna kerana selepas bertunang, pasangan tersebut enggan tunggu lama-lama.

Dikhabarkan September jadi bulan pilihan mereka melangsungkan pernikahan. Menerusi satu perkongsian dalam Instagram, bakal isteri Shahir pun sudah menjalani kursus perkahwinan bulan lalu.

Apabila kedua-dua keluarga sudah bagi restu, tandanya kompang sudah boleh dipalu.

Kiranya sekarang, mereka kini cuma menunggu detik disatukan. Apa pun tahniah!

DIVA: Tengah tunggu kad undangan beberapa artis lain yang memilih 2022 untuk berkahwin, siapakah?

POPULAR