fbpx

Merdunya suara Raysha Rizrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAYSHA RIZROSE

BUKAN sahaja hebat berlakon, Raysha Rizrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila tular videonya menyanyikan lagu Cinta Sejati nyanyian Bunga Citra Lestari dan Mungkin (Melly Goeslaw).

Memiliki suara yang merdu, rupa-rupanya ramai yang tidak tahu Raysha mampu menyanyi dengan baik.

“Suara sedap, rupa cantik. Memang pakej lengkap,” puji netizen.

“Tak sangkanya Rasya boleh menyanyi sesedap ini,” kata seorang pengguna TikTok.

Video nyanyiannya yang tular dalam TikTok kini ditonton lebih 620,000 kali dan mendapat 50,000 tanda suka.

Sebelum ini, Raysha pernah muncul dalam video nyanyian medley lagu-lagu yang bertanding untuk Anugerah Juara Lagu ke-35 bersama Hannah Delisha.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI