fbpx
CAVANI antara pemain yang banyak menghabiskan masa di bilik rawatan musim lalu dan terlepas 19 aksi EPL bersama United. – AFP

Manchester United paling banyak tanggung kerugian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Selepas melalui musim yang sangat mengecewakan, Manchester United dilaporkan berdepan kerugian sehingga £25 juta (RM135.20 juta) akibat menanggung kos rawatan pemain tercedera selain pembayaran gaji untuk pemain yang tidak dapat beraksi.

The Red Devils hanya berjaya menamatkan saingan musim lalu di kedudukan keenam sekali gus terlepas aksi Liga Juara-Juara ketika dua pengurus mereka, Ole Gunnar Solskjaed dan Ralf Rangnick berdepan isu kecederaan yang agak ketara.

Mereka terpaksa menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk menanggung masalah tersebut melibatkan rawatan serta kos gaji para pemain yang tinggi,­ namun khidmat mereka tidak dapat digunakan kerana masalah berkenaan.

Lebih malang, United terpaksa menanggung pembayaran gaji yang cukup tinggi apabila masalah kecederaan itu melibatkan pemain-pemain mereka yang berprofil tinggi seperti Paul Pogba,­ Edinson Cavani, Raphael Va­rane dan Anthony Martial yang banyak menghabiskan masa di bilik rawatan sepanjang musim lalu.

Pogba sahaja dilaporkan meraih gaji berjumlah £5 juta (RM27.04 juta) tanpa turun menjalani latihan dan beraksi dalam perlawanan kerana masalah kecederaan hamstring dan terlepas 11 aksi selain masalah kece­de­­­­­ra­an­ betis menyebabkan dia tersisih selama lima minggu.

Sementara itu, Cavani terlepas 19 aksi Liga Perdana Ing­geris ekoran kecederaan, manakala Varane pula hanya berada di kerusi penyokong untuk 13 aksi sepanjang musim lalu kerana turut berdepan isu kecederaan.

Selain United, Chelsea turut berdepan isu sama apabila terpaksa membelanjakan sebanyak £20 juta (RM108.16 juta) dan kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dialami Ben Chilwell menyebabkan mereka memerlukan kos sehingga £4.9 juta (RM26.50 juta).

Sementara itu, Everton, Li­ver­pool dan Manchester City juga terpaksa membelanjakan seba­nyak £10 juta (RM54.08 juta) bagi pemain mereka yang terpaksa menghabiskan masa di bilik rawatan musim lalu. – AGENSI

POPULAR