fbpx

Agrobank yakin program DPAKM bakal perkukuh sekuriti makanan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Agrobank berkeyakinan terhadap peruntukan dana menerusi program Dana Pembiayaan Agromakanan Keluarga Malaysia (DPAKM) yang diagihkan mengikut keperluan industri makanan utama mampu memenuhi keperluan semasa dan secara beransur-ansur memperkukuhkan kedudukan sekuriti makanan negara.

Kerajaan baru-baru ini telah bersetuju melaksanaan program DPAKM di bawah Agrobank yang telah memperuntukkan sebanyak RM800 juta pembiayaan bagi menjamin kesinambungan aktiviti pengeluaran makanan negara yang melibatkan lapan komoditi makanan utama iaitu daging ayam, daging lembu/kerbau, telur, susu segar, ikan, buah, sayur dan beras.

Di bawah program tersebut, bank akan menawarkan kemudahan pembiayaan yang khusus mengikut agihan pembiayaan yang mana RM300 juta diperuntukkan bagi ternakan ayam, RM200 juta untuk ternakan ruminan (lembu dan kambing) manakala RM100 juta untuk tanaman sayur-sayuran. 

Program itu juga menawarkan pembiayaan untuk golongan usahawan dengan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi usahawan mikro, manakala usahawan mikro baharu dan usahawan muda masing-masing menerima agihan pembiayaan sebanyak RM50 juta.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pihaknya berbesar hati kerana terus diberikan kepercayaan oleh kerajaan untuk menerajui sektor pertanian negara menerusi produk pembiayaan dan solusi kewangan yang patuh syariah dan memenuhi keperluan komuniti pertanian termasuk yang menjalankan aktiviti perhuluan dan sehinggalah aktiviti penghiliran. 

“Kami sangat optimis dalam menyokong Dasar Agromakanan Negara dan kami bergerak seiring mandat dan perancangan Kerajaan serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) khususnya, bagi membangunkan beberapa pelan strategik sebagai solusi kepada isu krisis jaminan bekalan makanan negara,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Tengku Ahmad Badli menerangkan, melalui program DPAKM, ia akan menawarkan kemudahan pembiayaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan jumlah pinjaman sehingga RM5 juta bagi pengusaha ternakan ayam, ruminan dan sayuran.

Jelasnya, program ini menawarkan tempoh pembiayaan yang kompetitif sehingga 8.5 tahun pada kadar keuntungan serendah tiga peratus.

 Pada enam bulan pertama, Agrobank akan memberikan moratorium secara automatik pada kadar keuntungan sifar peratus dan pelanggan akan mula dikenakan kadar keuntungan serendah tiga peratus hanya pada bulan ketujuh pembiayaan dan seterusnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI