fbpx

60 peratus pelajar sekolah menengah di utara Thailand positif HIV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS kesihatan menganggarkan purata dua orang dijangkiti HIV dalam tempoh sejam di Thailand. - khaosod

BANGKOK – Pasukan petugas penjagaan kesihatan di Phitsanulok, Thailand memaklumkan bahawa 60 peratus jangkitan virus kurang daya tahan penyakit (HIV) dikesan dalam kalangan pelajar sekolah menengah wilayah berkenaan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Mereka turut menganggarkan bahawa purata dua kes HIV berlaku di Thailand pada setiap jam. 

Kenyataan itu dibuat dalam mesyuarat yang diadakan di Bilik Persidangan Crystal di Hotel Park, Phitsanulok. Mereka berbincang mengenai bahaya jangkitan HIV secara senyap.

Persidangan itu dihadiri oleh petugas perubatan, doktor dan pengamal perubatan di  hospital dan pusat penjagaan kesihatan Phitsanulok.

Timbalan Pengarah Jabatan Perubatan di Hospital Bangkok Cawangan Phitsanulok, Nattapon Prupongpunt dalam persidangan itu mendedahkan bahawa seramai 3,800 orang dijangkiti HIV di wilayah berkenaan. 

Nattapon turut memaklumkan bahawa wilayah itu pernah mengesan kes positif HIV yang kebanyakannya dalam kalangan orang dewasa berusia 30 hingga 60 tahun.

Bagaimanapun, remaja berumur bawah 20 tahun kini menjadi kumpulan penghidap utama dengan 60 peratus adalah pelajar sekolah menengah. Secara purata, 150 pelajar sekolah menengah dijangkiti HIV pada setiap tahun.

Sesulan itu, Nattapon menggesa ibu bapa supaya lebih prihatin terhadap anak-anak dengan menggalakkan mereka menjalani ujian jika dipercayai berisiko. 

Pengarah kesihatan juga menggalakkan jabatan-jabatan berkaitan untuk mempromosikan kondom yang dikatakan boleh mencegah HIV sehingga hampir 100 peratus.

Nattapon turut menggalakkan orang ramai untuk menggunakan ubat anti-HIV yang menghalang individu negatif daripada dijangkiti. Ia dianggarkan berkesan sehingga 80 peratus dengan lebih satu juta penduduk Thailand menggunakan ubat tersebut.

Dalam pada itu, akhbar Thai Post pula menganggarkan seramai 520,345 penduduk Thailand kini dijangkiti HIV. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI