fbpx

Brentford harap Christian Eriksen terus kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERIKSEN (kiri) dikaitkan dengan perpindahan menyertai beberapa pasukan selepas kontrak enam bulannya di Brentford berakhir. – AFP

BRENTFORD – Pengurus Brentford, Thomas Frank masih menaruh harapan tinggi pemainnya, Christian Eriksen memilih untuk kekal menyarung jersi kelab itu musim depan.

Bagaimanapun, Frank tetap menyedari beliau mungkin bakal kehilangan bintang Denmark itu yang menjadi rebutan beberapa pasukan dalam jendela perpindahan pemain ketika ini.

Masa depan Eriksen, 30, masih lagi menjadi tanda tanya selepas tamat kontrak enam bulan bersama Brentford sekali gus menarik minat Manchester United dan bekas pasukannya, Tottenham Hotspur.

Frank, 48, percaya Brentford boleh meyakinkan Eriksen untuk menyambung kontraknya, tetapi pemain tengah itu perlu melupakan hasratnya mahu kembali menikmati pengalaman beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.

“Saya tidak tahu, tetapi jujur­nya saya fikir kami masih mempunyai peluang. Saya berharap dia akan membuat keputusan dalam dua minggu akan datang kerana dia sedang bercuti ketika ini.

“Perjanjiannya adalah Eriksen akan menelefon saya dan memberitahu keputusannya,” kata Frank.

Difahamkan, keluarga Eriksen mahu tinggal di Brentford selepas terhutang budi dengan kelab itu menawarkan peluang beraksi selama enam bulan bermula Januari lalu selepas mengalami serangan jantung.

Eriksen memanfaatkan peluang keemasan itu dengan satu gol dan empat bantuan jaringan daripada 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris bersama The Bees musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI