fbpx

Siapa persoal tak boleh nyanyi macam dulu, mereka bengap – Nash

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK Nash seakan memberi bayangan akan tampil dengan sebuah konsert mega menjelang hujung tahun ini.

PETALING JAYA – Berkongsi rasa gembira melihat rakan-rakan seperjuangan seperti Datuk Hattan, Search dan U.K’s berjaya melunaskan konsert masing-masing, penyanyi Datuk Nash juga berasa bersemangat untuk berbuat demikian demi menghargai sokongan para peminat.

Kata pemilik nama lengkap Nashrudin Elias itu, sememangnya ada perancangan untuk mengadakan konsert namun masih dalam proses perbincangan.

“Saya ada bercakap dengan Datuk Ramli MS sebagai orang yang sangat besar dalam industri ini. Dan juga, Man Kidal.

“Kami bertiga dah ada persefahaman bersama untuk buat satu kejutan. Insya-Allah dalam hujung tahun ini,” katanya tanpa memberi sebarang perincian lanjut tentang perancangan konsert tersebut.

Penyanyi yang cukup dikenali sebagai vokalis kumpulan Lefthanded itu ditemui usai Majlis Sidang Media Pelancaran Kempen Haji 1443H TV AlHijrah, baru-baru ini.

Nash, 62, bagaimanapun tidak menjanjikan kualiti vokalnya akan sama seperti waktu mudanya dahulu dan mengharapkan pengertian daripada para peminat.

“Saya ini bukanlah hebat sangat menyanyi pun. Saya biasa-biasa sahaja lebih-lebih lagi umur dah 62 tahun.

“Kalau penonton atau sesiapa cakap saya dah tak boleh menyanyi dan sebagainya, maknanya mereka bengaplah (tertawa). Sebab faktor umur kan.

“Mereka tak boleh jangkakan orang yang dah berusia boleh nyanyi sebagaimana waktu awal kemunculan mereka. Bagi saya, yang paling penting adalah penghayatan dan juga cara sampai sesebuah lagu kepada orang.

“Itulah yang paling penting. Nak nilai seseorang itu bagus atau tak bagus, tengoklah bila kali pertama (lama dulu) dia keluar album,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI